PMRNA

PMRNA Desktop PMRNA Mobile

Program Modenisasi Rantaian Nilai AgroMakanan (PMRNA)

Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan bertujuan untuk membiayai perbelanjaan modal (CAPEX) dan / atau perbelanjaan operasi (OPEX) kepada usahawan warganegara Malaysia (petani, penternak, nelayan, atau penyedia perkhidmatan teknologi atau syarikat peneraju) dalam penggunaan teknologi dan automasi ke arah Revolusi Industri Keempat(4IR) di dalam semua sector pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan.

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan ini melibatkan kemudahan pembiayaan di bawah konsep syariah (Tawarruq) yang melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor pertanian dan industri makanan dengan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR yang lebih efisien dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil perniagaan/projek.

Antara skop pembiayaan adalah seperti berikut:

  1. Pembelian peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah konvensional;
  2. Mendapatkan teknologi dan sistem yang telah digunapakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil dan/atau;
  3. Modal bagi memperluaskan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi mesti menangani peningkatan penggunaan teknologi dan automasi berteraskan 4IR.

Jenis Produk Pembiayaan

Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i)

Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan utiliti sistem, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang.

Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i)

Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk penanaman pertanian pintar.

Notes:
– Permohonan pembiayaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon.
– Saluran Wang Pembiayaan secara sekaligus atau berperingkat (mengikut progres kerja) kepada akaun pembekal yang telah dilantik dan dipersetujui atau syarikat peneraju (dibawah pertanian kontrak) atau pelanggan, tertakluk kepada perjanjian/terma dan syarat pembiayaan.

Cara memohon

Syarat Am

  • Individu berumur lapan belas (18) tahun (semasa permohonan) sehingga berumur enam puluh (60) tahun pada tempoh matang
  • Individu dan bukan individu;
  • Bagi bukan individu, organisasi 51% hak milik warganegara Malaysia berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (perusahaan, perkongsian, Sdn Bhd) atau mana-mana agensi yang diluluskan oleh MAFI (seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia) yang beroperasi di Malaysia;
  • Perniagaan yang diusahakan adalah patuh Syariah;
  • Penilaian kredit adalah berdasarkan penilaian Bank (CCRIS, CTOS, analisis kewangan, dll);
  • Tiada proses kebankrapan atau dinyatakan muflis atau di bawah proses penghakiman;
  • Skala operasi yang setara sesuai bagi tujuan komersial (kesesuaian skala operasi tertakluk kepada jenis projek pertanian), sekiranya berkaitan;
  • Hasil/produk adalah bertujuan untuk penjualan domestik atau eksport;
  • Kegiatan perniagaan di bawah ruang/lot yang didaftarkan secara komersial menurut AKTA 172 (Bahagian IV Kawalan Perancangan, Seksyen 18) dan/atau tindakan yang relevan yang berkaitan dengan penggunaan tanah untuk pertanian;
  • Teknologi yang akan digunakan berlandaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) dan telah disahkan oleh Pengesah Teknologi atau Jawatankuasa Kerja;
  • Usahawan telah menjalani kursus/taklimat bersama syarikat peneraju atau Pengesah Teknologi atau syarikat pembekal teknologi, sekiranya perlu; dan
  • Perluasan perniagaan dengan penggunaan teknologi yang telah disahkan mestilah mampu meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Visi

Memperkasakan Pertanian
Melangkaui Perbankan


Misi

Meningkatkan taraf pertanian dan menyediakan sokongan berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh

Bantuan dan sokongan

Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815,
50726 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1 300 88 2476 (LOCAL)

+6 03 2079 0600 (INTL)

Pertanyaan & Maklum Balas

© Copyright Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 2023. All rights reserved.