Ar-Rahnu

ar-rahnu Ar-Rahnu Mobile

Ar-Rahnu

Satu kemudahan Pajak Gadai Islam jangka pendek yang memberikan kemudahan tunai secara segera kepada pelanggan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.

Konsep Shariah

Pembiayaan Ar-Rahnu ini menggunapakai konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah) dan Rahn (Cagaran) sebagai kontrak asas Syariah di mana ia menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif kepada pelanggan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang minimum, khusus bagi kegunaan peribadi, modal perniagaan atau lain-lain aktiviti berunsurkan pertanian atau bukan pertanian yang dapat membangunkan sosioekonomi masyarakat.

Ciri-Ciri Produk

Had Pembiayaan
  • Had Minimum bagi setiap Akaun Pembiayaan : RM100
  • Had Maksimum Harian bagi setiap pelanggan : RM100,000
  • Agregat Maksimum Pembiayaan bagi setiap pelanggan : RM150,000
Margin Pembiayaan Sehingga 75% daripada Nilai Pasaran semasa Barang Emas yang dicagarkan.
Tempoh Pembiayaan Tempoh Pembiayaan yang diakadkan adalah 36 bulan.

Kadar Keuntungan

NILAI MARHUN (NM) KADAR KEUNTUNGAN BULANAN
RM100 - RM2,000 RM0.55
RM2,001 - RM5,000 RM0.65
RM5,001 & above RM0.80

Visi

Memperkasakan Pertanian
Melangkaui Perbankan


Misi

Meningkatkan taraf pertanian dan menyediakan sokongan berterusan untuk manfaat komuniti, ekonomi dan pemegang taruh

Bantuan dan sokongan

Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815,
50726 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1 300 88 2476 (LOCAL)

+6 03 2079 0600 (INTL)

Pertanyaan & Maklum Balas

© Copyright Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) 2023. All rights reserved.